Refleksi Mikro

REFLEKSI MIKRO PENGAJARAN
Penerangan Aktiviti
        Guru menunjukkan lagu bertajuk "Bapaku Pulang Dari Kota". Murid-murid membacakan seni kata lagu. Guru menjelaskan maksud seni kata lagu tersebut. Selepas itu, murid menyanyikan lagu tersebut di bawah bimbingan guru sambil melakukan pergerakan.

Kegunaan Aktiviti
    Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan murid memahami dan membaca seni kata lagu dengan sebutan yang betul. Selain itu, murid akan dapat menyanyikan lagu tersebut berdasarkan tempoh serta melakukan pergerakan dalam kumpulan.

Kekuatan Aktiviti P&P
    Saya mendapati bahawa murid berasa suka dan aktif melibatkan diri semasa murid belajar menyanyikan lagu "Bapaku Pulang Dari Kota". Suasana pada masa itu gembira, seronok dan riang. Murid tertarik semasa menyanyikan lagu sambil membuat pergerakan. 
    Tambahan lagi, murid-murid dapat menunjukkan sikap berdisiplin sepanjang aktiviti. Mereka dapat mengawal disiplin dan emosi mereka dengan baiknya semasa menyanyikan lagu sambil melalukan pergerakan. Selain itu, mereka juga memupuk sikap bekerjasama ketika berlakon dalam kumpulan masing-masing. 
    Oleh itu, saya amat puas hati kerana murid-murid dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada saya. Ini membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Kelemahan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
     Apabila guru menunjukkan lagu "Bapaku Pulang Dari Kota" tidak dapat menarik perhatian dari satu atau dua orang murid dengan serta merta, ini mungkim disebakan manila kad yang ditulis untuk seni lagu 'Bapaku Pulang Dari Kota" kekurangan gamabar karton atau gambar yang comel. 
    Selain itu, selepas meneliti video yang dirakamkan, saya mendapati bahawa sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, alat bantu yang digunakan oleh guru tidak cukup.

Cadangan Penyelesaian dan Tindakan Yang Dijalankan
    Setelah merakamkan video aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran, banyaklah membantu saya dalam penambahbaikan aktiviti mengajar saya. Saya dapat meneliti aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya seterusnya membuat refleksi, mencari penyelesaian dan tindakan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran saya dengan lebih lancar dan sistematik.
    Kad manila yang ditulis seni kata lagu tersebut boleh menampalkan gambar karton supaya murid dapat memberi perhatian dengan serta merta. Ini membolehkan semua murid dapat mengikuti pelajaran bersama-sama supaya tidak ketinggalan.
    Tambahan lagi, guru juga boleh menyediakan permaianan kereta atau kotak besar untuk merekekan sebuah kereta untuk berlakon supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih menarik dan seronok.
    Dengan melaksanakan refleksi pengajaran seperti ini, saya yakin bahawa saya akan dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya dengan lebih menarik dan berkesan.