Refleksi Makro

                                                          REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN
Nama Aktiviti
Set Induksi, Langkah 1,2,3 dan Penutup
Penerangan Aktiviti
Set Induksi: Guru menunjukkan lagu bertajuk "Huruf Vokalku". Murid-murid menyanyikan lagu dengan bimbingan guru. Selepas itu, guru mengaitkan set induksi itu dalam pengajaran pada hari itu.
Langkah 1: Guru memaparkan perkataan suku kata terbuka dan perkataan suku kata tertutup. Murid-murid membaca dan menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh guru.
Langkah 2: Guru menerangkan cara membezakan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan menggunakan contoh perkataan yang telah ditampal di atas papan hitam. Selepas itu, murid-murid cuba memberikan contoh.
Langkah 3: Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan untuk menjalankan aktiviti. Murid diminta untuk menulis contoh perkataan suku kata terbuka dan suku kata tertutup di atas papan hitam kecil masing-masing. Selepas itu, guru akan memeriksa jawapan yang ditunjukkan oleh murid. Guru akan terus memberikan bimbingan kepada murid jika mereka menulis jawapan yang salah.
Penutup : Guru memaparkan lagu "Bapaku Pulang Dari Kota". Murid-murid membulatkan perkataan suku kata terbuka secara bergilir-gilir setelah menyanyikan lagu tersebut.

Kegunaan Aktiviti
Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan murid membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. Selain itu, murid akan dapat menulis imlak perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat. Setelah akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat memahami semua maksud yang dipaparkan oleh guru. Tambahan lagi, murid juga dapat menulis imlak perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat.

Perasaan Sebelum Dan Semasa |Menjalankan Aktiviti
    Sebelum menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya berasa tertekan dan bimbang kerana sepanjang aktiviti Pengajaran dan pembelejaran yang dijalankan harus dirakamkan. Masa untuk rakaman aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran agak lama, iaitu selama 30 minit. Saya perlu menyediakan alat bantu mengajar yang menarik, mengawal disiplin murid-murid supaya mereka dalam keadaan yang terkawal. Selain itu, saya juga perlu mengajar dengan penuh keyakinan. Segala perkara ini amat membimbangkan dan membebankan saya. 
    Semasa menjalankan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran, saya berasa saya amat puas hati kerana murid-murid dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada saya. Ini membolehkan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran saya dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Kekuatan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
    Saya mendapati bahawa murid berasa seronok dan aktif melibatkan diri semasa murid belajar menyanyikan lagu "Huruf Vokalku" sebagai set induksi. Murid tertarik semasa menyanyikan lagu sambil membuat pergerakan. Oleh itu, mereka dapat mengaitkan set induksi itu dengan pengajaran saya yang seterusnya. 
    Semasa memasuki langkah 1, murid agar berasa malu kerana tidak pernah dirakamkan semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Apabila mereka sudah sesuai dengan keadaan, maka mereka sangat aktif untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh cikgu. Semasa cikgu meminta murid memberikan contoh, kebanyakan murid mengangkat tangan untuk memberikan jawapan mereka.
    Kad–kad manila yang digunakan semasa langkah 1 dan 2 amat menarik perhatian murid-murid. Murid-murid berasa gembira apabila melihat kad-kad yang berwarna-warni. Di samping itu, guru juga meminta murid untuk memilih salah satu daripada kawan mereka untuk menjawab soalan guru. Dengan ini, murid-murid akan lebih menumpukan perhatian semasa aktiviti P&P dijalankan dan berharap nama sendiri dapat dipanggil oleh kawan.
    Papan hitam kecil yang digunakan semasa langkah 3 adalah alat bantu mengajar yang tidak pernah digunakan oleh murid. Oleh itu, murid berasa gembira dan seronok dengan setiap orang murid mendapat sekeping papan hitam kecil dan kapur untuk menulis jawapan masing-masing.
    Pada penutup pula, murid-murid dapat menyanyikan lagu "Bapaku Pulang Dari Kota" yang pernah dibelajar oleh mereka pada minggu yang sebelumnya. Murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dan berasa seronok dalam aktiviti tersebut.

Kelemahan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
    Pada mulanya, terdapat sebahagian murid kurang faham tentang soalan dan arahan guru. Ini disebabkan oleh murid-murid tidak dapat membiasakan diri dalam Bahasa Melayu. Mereka sebenarnya adalah terdiri daripada murid kelas pemulihan, iaitu murid yang agak lemah dalam Bahasa Melayu.
    Selain itu, kad-kad yang digunakan untuk menulis lagu " Huruf Vokalku" dan "Bapaku Pualang Dari Kota" kekurangan gambar karton atau perhiasan menjadikan murid tidak boleh memberi perhatian terus .    
    Semasa menjalankan aktiviti di langkah 2, iaitu murid-murid memberikan contoh perkataan suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Kad-kad manila yang ditampalkan pada papan hitam membolehkan murid terus memberikan jawapan tanpa memikir contoh sendiri.
    Selepas meneliti video yang dirakamkan, saya mendapati bahawa semasa menjalankan langkah 3, iaitu aktiviti kumpulan, guru seharusnya menjalankan pertandingan antara kumpulan untuk membandingkan kumpulan mana yang dapat menjawab dengan betul dan merupakan kumpulan pemenang.
  
Cadangan Penyelesaian & Tindakan Yang Dijalankan
    Setelah merakamkan video aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran, banyaklah membantu saya dalam penambahbaikan aktiviti mengajar saya. Saya dapat meneliti aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya seterusnya membuat refleksi, mencari penyelesaian dan tindakan untuk menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran saya dengan lebih lancar dan sistematik.
    Pada mulanya, murid kurang menyesuaikan diri dalam Bahasa Melayu. Oleh itu sebagai guru, saya haruslah lebih berkomunikasi dengan murid dalam Bahasa Melayu. Lama-kelamaan, mereka tentu akan membiasakan diri dengan Bahasa Melayu. 
    Selain itu, kad-kad yang digunakan untuk menulis lagu pada set induksi boleh menampalkan gambar karton atau gambar comel supaya murid-murid dapat menarik minat dengan serta merta.
    Pada langkah 2 pula, sebelum murid-murid memberikan contoh tentang perkataan suku kata terbuka dan suku kata tertutup, guru sepatutnya harus menanggalkan kad-kad manila yang ditampalkan pada papan hitam. Dengan ini, murid dapat cuba menggunakan kefahaman yang ada untuk memberikan contoh yang baru. Ini seterusnya dapat memupuk kreatif dan inovatif murid untuk menghasilkan sesuatu yang baru.
    Selain daripada itu, pertandingan sepatutnya dijalankan pada langkah 3 untuk memotivasikan murid supaya terus belajar. Dengan ini, murid bukan sahaja dapat memupuk sikap bekerjasama antara kumpulan, bahkan juga dapat meningkatkan keyakinan mereka dalam pembelajaran. Seterusnya, guru boleh memberikan ganjaran sebagai pujian kepada kumpulan pemenang.